WHY YOU MUST BE ENTREPRENEUR?

"Perniagaan yang terbaik adalah perniagaan yang kita suka dan seronok jalankan serta menguntungkan dunia akhirat"

Thursday, 9 October 2014

2# Artikel tentang Budaya Keusahawanan



Budaya keusahawanan adalah ekspresi sikap sosial yang positif terhadap perniagaan dan perlu disemai untuk memperkuat proses pembangunan insan dalam sektor perniagaan dan perusahaan. Satu kajian akan dilaksanakan untuk mengenalpasti pandangan belia terhadap aktiviti keusahawanan, mengenalpasti potensi, kompetensi, sikap, ciri dan aspirasi keusahawanan belia mengikut kumpulan etnik, mengenalpasti sumber dorongan belia dalam menceburi bidang keusahawanan dan mengenalpasti strategi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia. Bagi mengkaji permasalahan ini, sebanyak empat persoalan kajian yang berkaitan telah dibentuk. Kaedah kuantitatif akan digunakan dengan menyediakan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 40 responden belia dari golongan yang berbeza kerjaya dan kumpulan etnik. 

Budaya keusahawanan ialah sifat-sifat positif yang dimiliki oleh seseorang individu seperti tabah, cekal dan sentiasa bersemangat. Sifat-sifat keusahawanan juga boleh menjadi modal dan aset untuk berniaga dan boleh meyakinkan orang lain. Budaya keusahawanan perlu dipupuk bermula daripada peringkat sekolah melalui program-program keusahawanan yang dijalankan oleh pelajar dan dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman. Budaya ini juga perlu dipupuk pada peringkat IPT dengan menawarkan kursus, program, seminar, atau aktiviti kepada mahasiswa supaya dapat memupuk minat dan mendorong mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Pembudayaan ini penting dan perlu disemai di kalangan belia terutamanya golongan Bumiputera supaya mereka tidak boleh mengharapkan bekerja di sektor kerajaan dan bantuan kerajaan semata-mata. Mereka perlulah lebih berdikari untuk menceburi bidang lain seperti bidang perniagaan ataupun keusahawanan.

Pembudayaan keusahawanan akan melahirkan usahawan yang kreatif dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, usahawan perlu sensitif dan sedia bertanggungjawab terhadap kesan yang akan diterima oleh masyarakat akibat daripada kegiatan keusahawanan yang dijalankan. Di samping itu, melalui pembudayaan keusahawanan akan membolehkan usahawan mengemblengkan serta memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber-sumber yang ada untuk manfaat diri sendiri, perniagaan, pelanggan dan juga masyarakat keseluruhannya.

Bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang lebih baik, dicadangkan supaya para penyelidik pada masa hadapan dapat mengasingkan responden mengikut jantina iaitu memberi tumpuan kepada wanita dalam keusahawanan kerana wanita mampu untuk memajukan diri dalam bidang keusahawanan. Selain itu, penyelidik juga dapat mengasingkan responden mengikut program pengajian untuk meningkatkan lagi kualiti hasil kajian kelak. Selain itu, pengkaji pada masa hadapan dapat memperluaskan lagi pengambilan sampel kajian ke institusi-institusi yang lain selain daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan belia yang tinggal di kawasan yang lain selain daripada Tanjong Malim. Perbezaan antara lokasi juga boleh menghasilkan dapatan yang berguna.

Kajian seterusnya boleh ditumpukan kepada perbezaan-perbezaan aspirasi kerjaya keusahawanan di kalangan pelajar institusi latihan di Malaysia dengan negara-negara lain. Ianya bertujuan untuk melihat aspirasi kerjaya dalam kalangan pelajar di Malaysia dengan pelajar negara lain bagi membandingkan faktor-faktor lain yang menarik minat pelajar untuk memilih kerjaya sebagai usahawan.

Selain itu, kajian juga boleh dilakukan dengan menggunakan teknik temubual bagi memahami secara lebih mendalam lagi terhadap sikap, minat dan amalan kerjaya keusahawanan dan faktor-faktor penolakan dan pemilihan kerjaya keusahawanan di kalangan belia serta mencari strategi yang sesuai bagi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia. Ini kerana secara temubual, pengkaji pada masa hadapan dapat memerhatikan cara gaya responden menjawab soalan dan maklumat jawapan yang diberikan adalah lebih tepat dan jitu.

Diharapkan juga pengkaji pada masa hadapan dapat menjalankan kajian yang lebih terperinci lagi untuk melihat dan membandingkan usahawan dan budaya keusahawanan antara etnik tidak kira usahawan muda, usahawan belia dan usahawan berjaya supaya dapat mengenalpasti perbezaan budaya keusahawanan mengikut etnik. Maka, dapat membantu memupuk dan memantapkan budaya keusahawanan di kalangan usahawan dan peningkatan aspirasi kerjaya keusahawanan pelajar-pelajar di Malaysia.





1# Artikel tentang Budaya Keusahawanan

ARKIB : 26/11/2009

Lahirkan ramai usahawan siswazah

Bulan lalu ketika penulis berada di kota London, media massa negara tersebut melaporkan Universiti College London (UCL) telah dinobatkan sebagai universiti yang paling tinggi kadar kebolehpasaran pelajar di United Kingdom.

Kadar mula bekerja pelajar UCL selepas enam bulan pertama menamatkan pengajian ialah 94 peratus diikuti dengan Universiti Oxford (92 peratus) dan Universiti Cambridge (91 peratus).
Menariknya, di media British juga pada hari yang sama melaporkan kerisauan dan komen oleh CEO British Telecom dan Pengerusi Tesco berkaitan sistem pendidikan tinggi England yang gagal melahirkan lebih ramai usahawan muda di kalangan pelajar universiti.

Antara yang disentuh dua tokoh ini ialah perlunya konsep keusahawanan diberikan penekanan dalam sistem pendidikan tinggi agar pelajar pusat pengajian tinggi bersedia untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan selari dengan keperluan pasaran dan perancangan negara.
Ironi juga bila sebuah negara maju yang memiliki antara universiti terbaik di dunia masih tidak berpuas hati dengan tahap kualiti pendidikan tinggi mereka. Semangat daya saing yang tinggi jelas tergambar melalui komen dua tokoh perniagaan tersebut.

Dilaporkan untuk tahun 2009, United Kingdom berada di kedudukan kelapan dan terakhir dari segi kualiti hidup di kalangan negara di Eropah. Oleh kerana pendidikan tinggi adalah asas kepada peningkatan kualiti hidup, tidak sukar untuk difahami mengapa isu ini diketengahkan oleh media negara tersebut.

Kualiti hidup di Perancis dan Sepanyol berada di tempat pertama dan kedua terbaik di kalangan negara di Eropah.

Kita perlu melihat situasi ini sebagai isyarat untuk segera bertungkus-lumus meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara. Malaysia sebagai antara negara yang paling berjaya di kalangan negara membangun sedang berhadapan dengan persaingan yang sengit khususnya daripada Singapura, Vietnam dan negara-negara di Asia Barat. Tidak terkecuali China dan negara-negara bekas Kesatuan Soviet yang semakin berjaya membuka pasaran mereka.

Pembukaan pasaran bermaksud persaingan akan menjadi lebih hebat. Kehendak dan keperluan majikan terhadap sektor pekerjaan menjadi semakin sengit. Jika mengeluarkan barangan, tuntutan kualiti pengeluaran serta penguasaan teknologi menjadi semakin tinggi. Pasaran baru ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada para graduan negara ini.

Malangnya tahap pengangguran mahasiswa di negara ini masih tinggi. Setakat ini tiada laporan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan berkaitan kadar pengangguran mahasiswa. Laporan media sekadar menganggarkan sekitar lebih lima puluh ribu mahasiswa masih menganggur selepas tamat pengajian mereka. Makna pengangguran menjurus kepada kumpulan mahasiswa yang tiada pekerjaan yang tetap.

Mungkin ini bukan masalah pihak universiti kerana telah melengkapkan tanggungjawabnya apabila seseorang mahasiswa menamatkan pengajian mereka. Tinggal lagi apabila mahasiswa keluaran IPT gagal mempunyai pekerjaan tetap, pihak universiti perlu juga melihat secara serius program pengajian yang ditawarkan.

Seolah-olah ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian seperti gagal dimanfaatkan oleh mahasiswa untuk memasuki alam pekerjaan. Sama ada ilmu pengajian itu sendiri yang tiada nilai untuk kerjaya atau mahasiswa itu sendiri yang dihasilkan tidak cukup kompetitif, kita masih boleh sahaja mendebatnya.

Apa yang pasti dan perlu segera dilaksanakan oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi ialah bertindak membuka ruang yang lebih kepada mahasiswa. Satu ketika dulu, Kementerian Pengajian Tinggi begitu bersungguh menguar-uarkan program kemahiran insaniah, kompetensi generik atau nama lain yang lebih sinonim ialah soft skills.

Malangnya usaha ini nampaknya semakin tenggelam di IPTA tempatan. Tujuan soft skills ini diterapkan kepada pelajar agar nilai kebolehpasaran atau kebolehdapatan pekerjaan menjadi lebih tinggi di kalangan mahasiswa IPT. Soalnya selepas program ini dilaksanakan pun kadar kebolehpasaran masih dibelenggu dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat.

Oleh itu, pihak KPT perlu menilai semula dan mula menggerakkan secara serius dan besar-besaran kemahiran dan pendidikan keusahawanan di pusat pengajian tinggi.
Kalau kita bertanya kepada pelajar IPTA apa yang mereka faham tentang konsep dan idea keusahawanan, rata-rata akan memberikan jawapan yang agak ketinggalan. Mereka memahami keusahawanan sebagai aktiviti menjalankan perniagaan. Maka tidak hairanlah apabila persatuan pelajar menjalankan perniagaan secara kecilan untuk memenuhi maksud dan tujuan keusahawanan tersebut.

Mereka biasanya menjalankan perniagaan seperti menjadi ejen perkhidmatan tambah nilai prabayar telefon bimbit, penjualan cenderahati, menjalankan program motivasi di sekolah, berniaga semasa hari keluarga kolej kediaman atau semasa pesta konvokesyen universiti.

Jika yang lebih berminat untuk berniaga, ada yang menjadi orang tengah untuk membuat t-shirt program untuk rakan-rakan kampus. Itulah sifat atau bentuk keusahawanan yang ada di IPTA sekarang. Semua pelajar nampaknya memahami itulah aktiviti keusahawanan. Pada mereka ilmu keusahawanan adalah perniagaan jual beli barang atau perkhidmatan. Tidak lebih daripada itu.
Sebenarnya pelajar (juga pegawai Hal Ehwal Pelajar dan pensyarah) perlu memahami konsep keusahawanan yang lebih besar daripada itu. Jika kita meneliti lebih mendalam konsep ilmu keusahawanan di IPT, sepatutnya bermula dengan gabungan dua komponen utama iaitu kandungan pengajian dan kemahiran keusahawanan.

Sebagai contoh seorang pelajar yang belajar di dalam jurusan sejarah di universiti seharusnya mempunyai kandungan (pengajian sejarah) dan juga kemahiran keusahawanan untuk mencipta pasaran berkaitan bidang pengajiannya.

Penulis masih ingat kata-kata Mary Anne, (21 tahun) seorang siswi tahun dua pengajian Seni di Universiti College London semasa kami berbual. Antara komen beliau; "saya rasa sudah tidak masuk akal lagi untuk pihak universiti hanya menawarkan kursus pengajian tetapi tidak pula memberikan kemahiran kepada kami bagaimana untuk 'menjual' kepakaran kami selepas tamat pengajian." Saya setuju dengan pandangan beliau terutamanya dalam suasana pasaran kerja sekarang yang agak perlahan.

Universiti seharusnya perlu menggabungkan kandungan pengajian dengan kemahiran keusahawanan pada semua pelajar secara bersepadu. Bayangkan, alangkah baik jika seorang pelajar yang belajar berkaitan seni seperti teater, tarian atau muzik akhirnya akan menjadi usahawan seni. Mereka berupaya membuka galeri seni dan juga kelas seni secara tetap.

Begitu juga dengan seorang pelajar di dalam bidang geografi atau geologi, akhirnya boleh menjadi usahawan pelancongan, menjalankan perkhidmatan berkaitan alam sekitar dan sebagainya. Sepatutnya semua kursus bukan kritikal (seperti perubatan) yang ditawarkan di IPTA perlu mempunyai komponen kemahiran keusahawanan sekurang-kurang satu pertiga daripada keseluruhan silibus kursus pengajian tersebut.

Amalan sekarang ialah pihak pengurusan IPTA menerapkan kemahiran keusahawanan secara ad hoc atau atas pilihan pelajar. Pelajar akan mendaftar untuk menjadi ahli kepada kelab-kelab usahawan di bawah HEP sama ada yang dibiayai oleh pihak universiti atau kementerian dan pihak korporat.
Maka ada beberapa program seperti Techno- Entrepreneur, Program Prosper dan Usahawan Muda yang dijalankan di beberapa buah IPTA. Program ini sifatnya tidak menyeluruh, biasanya dimonopoli oleh kumpulan pelajar yang mengkhusus dalam pengajian ekonomi dan pengurusan perniagaan. Bagaimana pula dengan nasib pelajar di aliran sains sosial, pengajian Islam dan sains tulen. Mereka inilah yang sebenarnya lebih memerlukan kemahiran usahawan berbanding dengan kumpulan pelajar yang pertama.

Kemahiran asas keusahawanan yang ingin dibangunkan kepada mahasiswa perlu memenuhi konsep 3C iaitu Competitiveness, Creativity dan Communication. Semasa berada di Universiti Oxford, penulis perhatikan pelajar akan memperoleh kemahiran ini bukan melalui program ko-kurikulum tetapi dalam kursus pengajian mereka.

Melalui konsep tutorial perorangan secara mingguan (ini adalah keistimewaan Universiti Oxford dan Universiti Cambridge kerana masih mengekalkan amalan tutorial seorang pensyarah dengan seorang pelajar) pelajar dididik tentang budaya Competitiveness, Creativity dan Communication ini. Di sana idea tentang keusahawanan bukan berkaitan hanya ilmu jual beli barangan sahaja tetapi yang jauh lebih penting ialah membina budaya 3C sejak tahun pertama hinggalah tamat pengajian bersepadu di dalam kursus.

Sudah sampai masanya kurikulum kursus bukan kritikal IPTA disepadukan dengan ilmu keusahawanan. Pengajaran dan pembelajaran di dalam dewan kuliah juga perlu memasukkan komponen perkembangan serta isu semasa berkaitan pasaran yang berkaitan bidang pengajian. Ilmu yang diperoleh di dalam dewan kuliah tidak lagi boleh bersifat statik dan diulang-ulang pada setiap sesi pengajian.

Penulis ialah Timbalan Pengarah (Akademik Kolej), Pusat Pembangunan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia.

3# Usahawan (FAIZA BAWUMI SDN BHD)

Faiza Bawumi Sayed Ahmad (FAIZA SDN BHD)





Nama: Faiza Bawumi Sayed Ahmad
Umur: 69 tahun
Asal: Mesir
Jawatan: Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd
Pendidikan: Diploma Jahitan


LATAR BELAKANG

Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada 1992, Syarikat FAIZA secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997.

Pada tahun 1964, wanita kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya.  Pada ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu setelah hanya tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya. Meskipun  sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. 

Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.

Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau mengikut  suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukannya bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jiran-jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya.


AWAL PENUBUHAN SYARIKAT

Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar pelbagai jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam setelah mendapat maklumbalas positif atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Para pelanggan yang melanggan rempahrempah beliau turut membeli beras daripadanya.

Pada permulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor.

Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”.  Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras  “Ponni” ini ke seluruh Malaysia.

Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.

Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. 

Puan Faiza menyarankan agar umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain dan hubungan yang kukuh sesama umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut.


PERKEMBANGAN

Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd (SFSB) pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.


SFSB kini mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu. SFSB mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak.

SFSB kini juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari beras dan rempah. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.

Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam senario perniagaan beras. Ini ialah kerana di SFSB, tiada tolak ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik, cara lebih baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, menggalakkan, untuk memberi khidmat, menjual. SFSB percaya yang kejayaan boleh dicapai daripada apa yang dibuat dengan penuh kesungguhan.








2# Usahawan (AIR ASIA)

PENERBANGAN TAMBANG MURAH


“Semua mampu naik kapal terbang”. Slogan inilah yang digunakan oleh Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan usahawan dari Malaysia dan juga pengasas “Tune Air Sdn Bhd”. Seorang yang memperkenalkan penerbangan tambang murah ini mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan Air Asia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang.
            Mempunyai tekad dan semangat yang kuat, memberikan inspirasi kepada saya supaya terus berusaha walaupun dengan usaha yang kecil. Percaya dan yakin pada diri adalah kunci kejayaan Tan Sri Dato' Sri Tony Fernandes. 




Tan Sri Dato' Seri Dr. Tony Fernandes (Air Asia)




Nama: Tan Sri Anthony Francis Fernandes (Tony Fernandes)
Tarikh lahir: 30 April 1964
Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
Pendidikan: - Epsom College (1977-1983)
                    - London School of Economics (1987)
Jawatan: - Ketua Pegawai Eksekutif
               - Pengarah Air Asia Berhad
               - Pengarah Tune Group Sdn Bhd
               - Pengerusi Q.P.R Holdings Ltd
               - Pengasas dan bekas Ketua Pasukan Caterham F1


SEJARAH PENUBUHAN


Pada Oktober 2001, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.

Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11 September 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian  perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. 
 Syarikat ini ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi, ia dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony Fernandes dengan harga RM 1 sahaja. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau.AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.





PERKEMBANGAN SYARIKAT

Pada tahun 2003, AirAsia menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebagai hab mereka kedua kerana kedudukannya yang dekat dengan Singapura dan melancarkan penerbangan ke Thailand. Kemudiannya, Thai AirAsia ditubuhkan bagi operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang Bangkok, Thailand. Di Indonesia, AirAsia membeli Awair untuk sektor Indonesia, dan sekarang dikenali sebagai Indonesia AirAsia.

Pada 22 Julai 2005 AirAsia mengumumkan pakatan penajaan dengan kelab bola sepak Manchester United yang menyaksikan iklan AirAsia muncul di Stadium Old Trafford Stadium di kota Manchester yang membolehkan pendedahan jenamanya kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia.
Terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006, dijadikan pusat operasi baru bagi AirAsia. AirAsia dijangka membawa 9 juta penumpang pada tahun 2006.
Pada 27 Mac 2006, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa AirAsia mengambil alih 96 laluan domestik sampingan untuk disertakan dengan 19 laluan domestik utamanya sebagai sebahagian program rasionalisasi laluan Malaysia Airlines yang menyaksikan sebahagian besar penerbangan domestiknya dialihkan kepada AirAsia sejak 1 Ogos 2006.


PENCAPAIAN DAN ANUGERAH

Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.


  • "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
  • "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
  • "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
  • "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.




1# Usahawan (D'HERBS)


KECANTIKAN


"KECANTIKAN" satu sub topik yang aku pasti ramai yang menggemarinya sama ada lelaki mahupun perempuan. Kita ingin kelihatan cantik, kelihatan bertenaga, supaya lebih yakin untuk berhadapan dengan umum. Jika kita lihat orang-orang dahulu, banyak mengamalkan amalan tradisional untuk kelihatan cantik dan awet muda, makan ulam-ulaman supaya badan sentiasa sihat sehingga ke hari tua dan sebagainya. Jika kita lihat pada zaman pasca merdeka kini, seiring dengan perkembangan teknologi, pelbagai produk kecantikan berada di pasaran. Kali ini, saya tertarik untuk berkongsi cerita tentang satu produk kecantikan iaitu D'HERBS. D'HERBS yang pada asalnya hanya mengeluarkan beberapa produk di pasaran, kini pelbagai sudah berada di pasaran. D'HERBS juga semakin dikenali di mata dunia.



Dato' Aliff Shukri Kamarzaman (D'Herbs)


Nama: Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman 
Tarikh lahir: 03 April 1987
Tempat lahir: Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang
Pendidikan: - Sekolah Menengah Telok Gadong Klang
                       - Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan
                       - Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam
                       - Taylor College
Status: Seorang isteri dan tiga orang anak


PERTUBUHAN AWAL SYARIKAT

D'Herbs Healthy Marketing ditubuhkan pada September 2010 dimana mereka hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini kami mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru dengan seramai 15 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 kami telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dan mereka juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat mereka sehingga ke seluruh dunia.


PERKEMBANGAN TAHUN 2012 - 2014
Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana mereka telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan D'Herbs telah mengembangkan perniagaan dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’Herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.
D'Herbs juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.
D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan turut membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan.

PROMOSI & PENGIKLANAN:
D'Herbs telah mengiklankan produk-produk mereka di majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan mereka telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kerana D'Herbs juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

                       










Wednesday, 1 October 2014

BPME2013 (EASY DOBY)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


BPME2013
Kemahiran dan Gelagat Usahawan
                                                                                                                                        

NAMA PENSYARAH: DR. DONNY ABDUL LATIEF POESPOWIDJOJO

AHLI KUMPULAN
NAMA
NO. MATRIK
1.    Mohd Fatme b Nor
225837
2.    Muhammad Khairul Anwar b
225896
3.    Mohammad Arafaat b Ismail
228050
4.    Nik Nur Amirah bt Nik Azaham
225495
5.    Farah Hanini bt Mahmood
225406
6.    Nur Fatihah bt Mohd Arif
225393
7.    Norsyafira Aisya bt Husain
227663


Tarikh serahan: 28 SEPTEMBER 2014


SEMESTER PERTAMA 2014/15





1.0 PENGENALAN PERNIAGAAN
Kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perkhidmatan dobi  untuk pelajar di dalam Universiti Utara Malaysia khususnya bagi pelajar-pelajar dewan penginapan pelajar (DPP) di laluan A, B dan C. Kami mendapati bahawa faktor utama bagi permasalahan ini ialah pelajar tidak mempunyai masa dan ada di antaranya juga malas untuk membasuh pakaian kerana disebabkan terlalu sibuk dengan aktiviti pelajar.
Kami telah menyediakan 3  jenis perkhidmatan iaitu membasuh pakaian, menggosok pakaian serta melipat dengan kemas pakaian itu. Perkhidmatan kami bermula dari jam 8 malam hingga 6 petang hari Ahad hingga Khamis, manakala untuk hari Jumaat dan Sabtu kami memulakan perkhidmatan dari jam 8 pagi sehingga 11 malam. Kami menjalankan perniagaan ini di dewan penginapan pelajar di DPP TM bagi perkhidmatan dobi lelaki dan bagi perkhidmatan dobi perempuan pula di DPP SIME DARBY.
Kami akan mengutamakan aktiviti membasuh pakaian yang akan dikira berdasarkan timbangan kilogram (kg). Semakin berat timbangannya semakin tinggi nilai yang perlu dibayar.  
Seterusnya, perniagaan “Easy Dobi” ini akan dikendalikan oleh 7 orang kakitangan yang terdiri daripada 2 orang pelajar DPP TM, 2 orang pelajar DPP YAB dan 3 orang pelajar DPP SIME DARBY. Jadi, sasaran pelanggan utama kami ialah pelajar yang terdiri daripada laluan-laluan DPP tersebut. Tetapi kami juga akan menerima pelanggan dari dpp laluan A sekiranya ada dan yang ingin mengguna perkhidmatan kami.



2.0 RANCANGAN PENGURUSAN
2.1 CARTA ORGANISASI
NAMA
JAWATAN
1.    Mohd Fatme b Mohammad Nor
Pengurus Besar
2.    Nik Nur Amirah bt Nik Azaham
Pengurus Pentadbiran I
3.    Mohammad Arafaat b Ismail
Pengurus Pentadbiran II
4.    Muhammad Khairul Anwar b Safnil
Pengurus Pemasaran
5.    Nur Fatihah bt Mohd Arif
Pengurus Kewangan I
6.    Farah Hanini bt Mahmood
Pengurus Kewangan II
7.    Norsyafira Aisya bt Husain
Pengurus Operasi

2.2 FUNGSI DAN TANGGUNGAWAB PENGURUS
JAWATAN
TUGAS
Pengurus besar
·         Merancang hala tuju syarikat
·         Memberi arahan serta mengawal pengurus-pengurus lain dan pekerja bawahan
Pengurus pemasaran
·         Mencari pasaran untuk produk yang dihasilkan.
·         Menjalankan aktiviti jualan.
·         Membuat promosi terhadap produk yang dikeluarkan
Pengurus pentadbiran dan pengurusan
·         Menyelaras sistem rekod fail.
·         Merekod dan menyimpan salinan rekod.
·         Menyelia alatan pejabat
Pengurus operasi
·         Memantau operasi harian.
·         Memastikan pakaian pelanggan berada dalam keadaan baik
·         Menentukan mesin dan alatan yang diperlukan
·         Menyelenggara mesin dan alatan yang diguna
Pengurus kewangan
·         Mengawal pembelian bekalan dan stok operasi.
·         Menyediakan belanjawan
·         Mengawal kewangan syarikat
·         Menyediakan dana yang mencukupi
Pekerja biasa(Delivery boy)
·         Membantu operasi harian
·         Mengambil dan menghantar pakaian





3.0 ANALISA PASARAN
Konsep utama perkhidmatan kami adalah berdasarkan kehendak  dan kesenangan pelajar. Selain itu, perkhidmatan ini dijalankan kerana ingin mengurangkan beban pelajar  yang sentiasa sibuk dengan tugasan kuliah sehingga tiada masa untuk menyiapkan perkara-perkara seperti membasuh pakaian dan menggosok pakaian. Perkhidmatan ini adalah untuk membantu para pelajar dalam menangani jadual kuliah yang padat, tugasan kuliah yang perlu di hantar segera dan sebagainya. Dengan wujudnya perkhidmatan ini, masa pelajar dapat diluangkan dengan menyiapkan hal2 berkaitan kuliah tanpa memikirkan hal-hal remeh seperti membasuh pakaian dan menggosok pakaian. Perniagaan ini berpotensi di kawasan ini kerana belum ada mana-mana pihak yang melakukan perniagaan ini di dalam kampus UUM.

3.0.1  KELEMAHAN PESAING
·         Operasi perkhidmatan dobi tiada di UUM.
·         Operasi perkhidmatan dobi pesaing luar dari kampus UUM dan jarak yang jauh dari UUM.
·         Kadar harga yang lebih mahal dan tiada jaminan kerosakan.
·         Mengambil masa yang lama untuk siap dan untuk pelajar mengambilnya kerana tiada servis penghantaran.

3.0.2 KELEBIHAN EASY DOBI
·         Operasi perkhidmatan di dalam UUM.
·         Operasi perkhidmatan “Easy Dobi” ada di setiap laluan DPP kecuali laluan D.
·         Kadar harga yang lebih murah dan terjamin kualiti pakaian tidak terjejas.
·         Mengambil masa yang singkat dan kami menyediakan servis penghantaran di setiap laluan DPP kecuali laluan D.
·         Kami mengamalkan sikap mesra pelanggan.

3.1 SAIZ SASARAN PASARAN
            Kami mendapati sebanyak 70% pelajar lelaki lebih malas berbanding pelajar perempuan 30% dalam perkara ini. Isu malas ini wujud kerana para pelajar harus menunggu giliran untuk menggunakan mesin basuh dan di sebabkan kekangan masa yang sedikit menyebabkan pelajar tiada masa untuk menggosok pakaian. Seramai 3104 orang pelajar tidak mempunyai peralatan sendiri seperti sterika dan ‘iron board’ di bilik. Manakala, seramai 432 pelajar iaitu 30% pelajar mempunyai peralatan sendiri. Oleh itu, kami menganggarkan seramai 900 orang pelajarakan menggunakan perkhidmatan kami.

4.0 RANCANGAN OPERASI
SENARAI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
                 HARGA (RM)
1.    Cuci baju sahaja (1kg)
                      1.00
2.    Gosok baju sahaja (1helai)
                      1.00
3.    Cuci dan gosok baju (1kg)
                      3.00     

4.1 PERABOT DAN KELENGKAPAN PERNIAGAAN
            Kami menjalankan perkhidmatan ini di sekitar Universiti Utara Malaysia (UUM) terutama laluan A, B dan C. Perkhidmatan kami dilengkapi dengan mesin basuh di setiap Dewan Penginapan Pelajar. Selain itu, kami juga mempunyai tiga buah sterika (iron) dan tiga buah papan saterika (iron board). Kami juga mempunyai tiga puluh penyangkut baju (hanger) dan lapan puluh penyepit baju.




5.0 RANCANGAN KEWANGAN
 Oleh kerana perniagaan kami merupakan perniagaan yang bermodal kecil maka
PERALATAN
JENAMA
BILANGAN
HARGA/UNIT
(RM)
JUMLAH
(RM)
SETERIKA
  PENSONIC
3
39.90
119.70

SABUN PENCUCI  PAKAIAN 
DYNAMO
5
18.90
94.50
PEWANGI PAKAIAN
SOFTLAN
3
7.95
23.85
IRONING AID
POWER MAX
3
6.00
18.00

PAPAN SETERIKA
-
3
30.00
90.00
PENYANGKUT

-
30
00.50
15.00

JUMLAH

RM361.05
setiap ahli akan mengeluarkan wang simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan


5.2 SUMBER PEMBIAYAAN

BIL
MODAL SENDIRI (AHLI KONGSI)
SUMBANGAN
1.     
Mohd Fatme b Mohammad Nor
RM 70.00
2.     
Nik Nur Amirah bt Nik Azaham
Rm 70.00
3.     
Mohammad Arafaat b Ismail
Rm 70.00
4.     
Muhammad Khairul Anwar b Safnil
Rm 70.00
5.     
Nur Fatihah bt Mohd Arif
Rm 70.00
6.     
Farah Hanini bt Mahmood
RM 70.00
7.     
Norsyafira Aisya bt Husain
RM 70.00